Saturday, June 19, 2010

Serabut....Bila cinta kini....

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Kusebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah
Bayangan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


ini lah realiti kehidupan...kte ini manusia hidup bagaikan roda...kejap ada di atas kejap ada di bawah...apabila kte di atas kte jadi lupa...kte jadi gah+sombong...bila kte di bawah bru kte sedar..baru kte insaf...
eeeeeeeehhh kejap2 apa kena mengena dengan lirik lagu nie pulak????macam tak maksud je...hahahah
ok2 point cik ryn sebenarnya simple je....cik ryn sebenarnya tengah serabut apabila memikirkan tentang perangai lelaki...then sambil membelek blog kawan cik ryn ada terbaca tentang lelaki??
so hari nie jom kte kupas sikit lagi tentang laki 
ok tak??
tapi nie pun cik ryn copy dari kawan kepada kawan kepada kawan cik ryn (heheh point nya tak pasti siapa nya blog)...ok jom read this ok....

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah,
sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan wanita bukan? 
(Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.)

3. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
 
4. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

5. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

6. Jika berlaku pertengkaran selalunya lelaki akan melawan habis-habisan dan wanita pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang wanita perkatakan.
 
7. Walaupun wanita tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf  terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
8. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
 
9. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

10. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. 
Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

11. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. 
Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.



ok cik ryn bukan nak pihak mana ye...cuma bila kte pikir balik lah kan...itu lah kenyataan hidup...
bila dah kahwin nanti pun Si istri kena dengar cakap Si suami...unless lah Si suami suruh buat benda yang bukan2 kan....hehehe ok lah cik ryn rasa cik ryn dah mula kenal serba sedikit tentang lelaki...cuma nak praktik kan nya lagi...cewwwaaaahhh.... hahah
adios..daaaaa

No comments:

Post a Comment